Cinta telah disalah ertikan sebagai tiket kebahagiaan dan membelakangi Islam itu sendiri. Cinta di pupuk untuk ke lembah terhina dan merendahkan keindahan yang diberi oleh Allah semata-mata untuk nafsu. Murahnya cinta di mata manusia kini sehingga tiada perasaan malu untuk bercanda dan maksiat dibina untuk keseronokan dunia yang hakiki.
Perempuan memilih teman lelaki dari suami dengan alasan belum bersedia. Sedarkah saham akhirat yang dibina hanya kerana diri menolak untuk menerima tanggungjawab yang lebih mulia dimata Allah? Sesungguhnya Allah memuliakan para isteri dengan menjaminkan nikmat syurga dengan hanya berbakti sepenuh hati dan perasaan pada lelaki yang bergelar suami.
Ke hulu ke hilir bersama, berdampingan bagai lipas kudung, berjalan bersama bagai suami isteri yang sah tanpa sekelumit rasa bersalah pada Allah yang melihat dan lebih menyedihkan menggunakan isu duit untuk tidak segera membina masjid. Bukankah rezeki Allah ada dimana-mana? Mengapa perlu sempitkan pemikiran demi arus kemodenan yang menjurus ke arah neraka? Moden itu adalah cara hidup, namun dosa pahala adalah sesuatu yang pasti.
Allah memberi segala nikmat kepada wanita yang mengangkat darjat suaminya lebih dari dirinya sendiri, bukankah itu lebih manis.
Islam itu mudah dan praktikal, pilihlah jalan kebenaran kerana akhirat itu nyata dan dunia hanyalah pinjaman.
Hidup ini indah untuk diterokai andai kita dijalan yang diredhai olehNya.
"HARAM mengambil seorang wanita sebagai kekasih jika bukan niat untuk mengahwininya" - Uztaz Azhar Idrus
sources: Google image.
Till we meet again Insyallah,
Ain Afiqah Ab Rahman.
No comments:
Post a Comment