Pada saat hati hanya mampu menangisi kesilapan lalu dan minda hanya mampu mengucapkan perasaan sabar. Cabaran yang bertimpa ada kalanya memesongkan semangat dan menghidupkan kekesalan yang pasti. Bait-bait kata hanya mampu dipandang kosong tanpa sebarang jawapan yang pasti, kerana jiwa terlalu rapuh untuk berdiri atas dasar kesilapan lampau. Bertubi-tubi penyesalan yang menyesakkan dada hanya mampu untuk menghirup sisa-sisa tenaga yang tinggal. Terduduk di pinggir sejadah berteleku memohon kemaafan, kemaafan hakiki dari Maha Pencipta yang dilupakan selama ini. Kesedaran yang menggoyahkan pendirian demi ingin membina secebis iman di dada. Titisan-titisan mutiara gugur, dan meleraikan kekusutuan yang selama menghantui benak fikiran atas kebodohan sendiri. Semoga Allah sentiasa bersamanya, hanya dia yang pasti dan dialah yang paling memahami.
Ya Allah,
ampunkan segala dosa-dosaku,
berikan aku peluang untuk menjadi khalifah terpilihMU,
tunjukkan aku jalan kebenaran,
jalan yang diredhai olehMU,
sesungguhnya aku manusia hina yang menumpang di nikmatMU,
sucikan hati ini dari landasan kehinaan,
tetapkan imanku hanya untukMU,
kuatkan semangatku untuk berjihad keranaMU,
titipkan pandanganku dari segala punca kezinaan,
terimalah taubatku,
sesungguhnya aku tidak layak ke syurga indahMU,
tapi aku tidak sanggup ke neraka jahanamMU,
terima sujud pasrah sesalanku,
hati ini hanya milik mutlak untukMU.
Till then we meet again Insyallah,
Ain Afiqah Ab Rahman.
No comments:
Post a Comment