Saturday 28 April 2012

Aku hanya mampu berteleku di jalanMu.

Senyumlah walahpun pahit kerana senyum itu juga satu sedekah.

Simpan segala kepedihan hanya untuk dirimu kerana percaya pada qada's dan qadar, Allah sudah menulis jalan terbaik untuk dirimu. Telan segala kesengsaraan kerana Allah tahu kamu kuat untuk tempuhi segala dugaan. Setiap ranjau ada jalan penyelesaian dan setiap perit ada ubat menanti. Sabar, itu janji Allah pada setiap hambaNya. Menangislah sepuasnya, andai itu dapat menenangkan hatimu. Tundukkan pandanganmu andai itu membantu kamu menjadi diri kamu yang sebenarnya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, jadi tetapkanlah hati untuk tegar meneruskan cita-cita dan harapan. Kuatkan imanmu dan jangan sesekali menyesali apa yang tertulis di Loh Mahfuz untukmu.
Rahsiakan suara hatimu agar kamu tidak menyakiti orang lain sama ada secara sengaja atau tidak. 

Ya Allah, andai ini jalan terbaik buatku. Aku redha walau saat ini aku hanya mampu menangis di sejadahmu mengharapkan esok lebih baik dari semalam. 


Till we meet again Insyallah,
Ain Afiqah Ab Rahman.


No comments:

Post a Comment