Thursday 19 April 2012

Wanita yang melahirkanku.


Salam mama,
Hadiah buat mama di hari lahirmu,
titipan doa di setiap sujudku pada yang Maha Esa,
hanya ini yang mampu diberi disaat jiwa ini masih di tanggung olehmu dan ayah,
ingatan ikhlas dari lubuk hati demi wanita yang memperdagangkan nyawa hanya untuk memberi peluang kepadaku untuk merasa nikmat dunia,
semoga Allah sentiasa bersamamu mama,
cinta yang diberi tidak akan sama dengan kasih sayangmu,
semoga Allah panjangkan umurmu dan beri peluang pada jiwa kerdil ini untuk berbakti pada hari tuamu.

Selamat hari jadi ke 51 buat mama, Rokiah Haji Mohamed.

Ikhlas dari anakmu,
Ain Afiqah Ab Rahman.


"Ya Allah kau berikanlah kebahagiaan yang hakiki kepada kedua ibubapaku, berkatilah hidup mereka, bahagiakan mereka seperti mana mereka bahagiakan ku dari kecil sampai sekarang, permudahkan segala urusan mereka, lindungilah mereka dari perasaan hasad dengki; bencana; atau apa sahaja yang mampu memberi kesan buruk pada mereka, tetapkan imaan mereka kepadamu, ampunkan segala dosa-dosa mereka, dan andai satu hari nanti mereka pergi menemuimu tempatkan mereka di Jannah terbaikmu, payungi mereka dengan kasih sayangMu, sihatkan tubuh badan mereka untuk sujud kepadaMu, kekalkan cahaya kebahagiaan kami sekeluarga, berikan aku peluang untuk berbakti kepada mereka, dan bantu aku untuk menjadi anak solehah dan kekalkan hati kami untuk tetap berada di jalanMu" Ameen.







No comments:

Post a Comment